Town Hall Tahunan E-Sukan KBS 2025
- ukk
30 Oktober 2025, Puchong, Selangor - YB Adam Adli, Timbalan Menteri Belia dan Sukan, hadir menyempurnakan Town Hall Tahunan E-Sukan KBS 2025.
Program anjuran Kementerian Belia dan Sukan (KBS) melalui Esports Integrated (ESI) ini menghimpunkan pemegang taruh utama industri bagi membincangkan pembangunan dan hala tuju ekosistem e-sukan negara untuk lima tahun akan datang.
Town Hall ini merupakan platform strategik dalam membentangkan hasil libat urus ke arah memuktamadkan Pelan Strategik Pembangunan Sukan Elektronik KBS 2026–2030. Pelan komprehensif ini dirangka untuk membina ekosistem e-sukan yang mampan, berdaya saing dan progresif, berasaskan lima teras utama pelaksanaan.
Program ini turut memfokuskan kepada rangka kerja pemantauan dan penilaian prestasi yang lebih tersusun, selaras dengan strategi pengurangan suntikan dana kerajaan secara berperingkat. Turut dibentangkan adalah status pelaksanaan inisiatif e-sukan di bawah KBS bagi tempoh 2024–2025.
Kerjasama erat antara kerajaan, penggiat industri, pemain profesional serta komuniti merupakan faktor penting dalam meneruskan momentum pertumbuhan e-sukan negara.
#TeamKBS #KitaSemuaTeamMAS #MalaysiaMADANI #RancakkanMADANI #MADANIBekerja
