Kembara Jumpa Orang Muda (JOM) 2.0 Zon Tengah
- ukk
2 November 2025, Sungkai, Perak - Kembara Jumpa Orang Muda (JOM) 2.0 Zon Tengah melabuhkan tirainya dengan berlangsungnya Sesi Town Hall bersama YB Adam Adli, Timbalan Menteri Belia dan Sukan, bertempat di Felda Gunung Besout, Sungkai, Perak.
Program tiga hari yang bermula pada 31 Oktober hingga 2 November 2025 ini menghimpunkan ratusan belia daripada komuniti Felda dan masyarakat setempat dalam suasana penuh semangat dan kebersamaan.
Matlamatnya adalah untuk memperluas jaringan sosial, memperkukuh kepimpinan, serta menggalakkan penglibatan aktif belia dalam pembangunan komuniti.
Kembara JOM turut berfungsi sebagai platform pemprofilan belia luar bandar, di samping menggalakkan penubuhan persatuan belia baharu serta pelaksanaan kajian sosioekonomi belia setempat.
Setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada semua pihak yang telah menjayakan Kembara JOM 2.0 Zon Tengah. Sinergi antara pelbagai pihak ini mencerminkan komitmen bersama dalam memperkukuh ekosistem pembangunan belia luar bandar yang lebih
berstruktur, inklusif dan bersepadu.
#TeamKBS #KitaSemuaTeamMAS #MalaysiaMADANI #RancakkanMADANI #MADANIBekerja
