Program Realiti Jaguh Rakan Muda
- ukk
5 November 2025, Petaling Jaya, Selangor - Menteri Belia dan Sukan, YB Hannah Yeoh hadir melancarkan Program Realiti Jaguh Rakan Muda di 1 Utama, Bandar Utama, Petaling Jaya.
Program ini merupakan inisiatif berimpak tinggi Kementerian Belia dan Sukan (KBS) bagi mencungkil potensi serta ketahanan fizikal dan mental golongan belia melalui pelbagai cabaran kompetitif.
Berteraskan 10 Gaya Hidup Rakan Muda, program ini menjadi platform penting dalam memperkukuh jenama Rakan Muda sebagai peneraju gaya hidup belia Malaysia, dengan pendekatan yang kreatif, segar dan selari dengan cita rasa generasi muda.
Jaguh Rakan Muda akan ditayangkan di Astro bermula pertengahan November hingga pertengahan Disember 2025, melibatkan penyertaan belia dari seluruh negara.
Seiring aspirasi Malaysia MADANI, program ini menekankan nilai kemampanan, keyakinan, hormat, ihsan serta elemen inovasi dan kepimpinan dalam melahirkan generasi muda yang berdaya saing dan berwibawa.
#TeamKBS #KitaSemuaTeamMAS #MADANIBekerja #MalaysiaMADANI #RancakkanMADANI
