PERKONGSIAN TATAKELOLA BAIK BERSAMA PENGARAH-PEGARAH INSTITUT LATIHAN KEMAHIRAN BELIA DAN SUKAN
- ukk
3 November 2025, Petaling Jaya, Selangor - Sempena Sambutan Bulan Integriti Nasional peringkat Kementerian Belia dan Sukan (KBS), Unit Integriti (UI) dengan kerjasama Bahagian Pembangunan Kemahiran Belia (BPKB) telah menganjurkan Bicara Integriti: Tatakelola Baik bersama Pengarah-Pengarah Institut Latihan Kemahiran Belia dan Sukan (ILKBS).
Sesi ini menampilkan Penguasa Kanan, Cheong Zhit Hou daripada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (SPRMWPKL), yang berkongsi pengalaman dan pembelajaran berkaitan kes-kes perolehan, tatakelola dan integriti dalam sektor awam.
Penganjuran program ini bertujuan meningkatkan pengetahuan serta memperkukuh amalan tadbir urus dan integriti dalam kalangan peserta selaras dengan keperluan Modul Pengukuhan Governans, Integriti dan Antirasuah (MPGIA). Turut hadir ialah YBrs. Puan Dalila binti Sharingat, Pengarah Kemahiran, Bahagian Pembangunan Kemahiran Belia.
