Berita KBS

Lawatan Kerja Projek Pembangunan KBS - Negeri Sembilan

Lawatan Kerja Projek Pembangunan KBS - Negeri Sembilan

11 November 2025, Negeri Sembilan - YBhg. Dato’ Ts. Dr. Nagulendran Kangayatkarasu, Ketua Setiausaha KBS, telah mengadakan lawatan kerja ke tiga tapak projek pembangunan KBS di Negeri Sembilan.

Lawatan kerja ini sebagai sebahagian daripada usaha berterusan KBS untuk memastikan pelaksanaan projek berjalan lancar, berkualiti dan memberi impak maksimum kepada rakyat.

Lawatan dimulakan di Projek Naik Taraf Akademi Pembangunan Belia Malaysia, Port Dickson, diikuti Projek Pembinaan Kompleks Sukan Rembau, sebelum diteruskan ke Projek Naik Taraf Stadium Hoki Tan Sri Dato’ Haji Mohd Said, Seremban 2.

KBS komited untuk memastikan setiap projek pembangunan yang dilaksanakan bukan sahaja menambah baik kemudahan fizikal, tetapi juga memberi nilai tambah kepada pembangunan insan, kesejahteraan masyarakat serta kelestarian sektor belia dan sukan negara.

#TeamKBS #KitaSemuaTeamMAS  #MalaysiaMADANI #MADANIBekerja #RancakkanMADANI

Kementerian Belia dan Sukan Malaysia
Menara KBS No 27 Persiaran Perdana,
Presint 4, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62570 Putrajaya Malaysia
Tel : 03-8871 3000



Kemaskini Terakhir: 02-05-2026, 11:22:56
Jumlah Pengunjung Laman :
Statistik pelawat laman tidak dapat dipaparkan kerana JavaScript dilumpuhkan. Sila layari laman StatCounter.