Berita KBS

Sambutan Hari Inovasi Peringkat KBS Tahun 2025

Sambutan Hari Inovasi Peringkat KBS Tahun 2025

12 November 2025, Putrajaya - YBhg. Dato’ Ts. Dr. Nagulendran Kangayatkarasu, Ketua Setiausaha Kementerian Belia dan Sukan (KBS), telah merasmikan Sambutan Hari Inovasi Peringkat KBS Tahun 2025.

Sambutan ini menekankan kepentingan inovasi dalam perkhidmatan awam serta berperanan sebagai platform untuk menggerakkan semula Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK) di seluruh peringkat Kementerian.

KBS kekal komited untuk memperkukuh budaya inovasi dengan memacu pelaksanaan idea-idea baharu yang mampu diterjemahkan kepada manfaat nyata buat masyarakat dan organisasi.

Antara pengisian program termasuk Eksplorasi Inovasi, pameran inovasi oleh Jabatan, Bahagian dan Agensi di bawah KBS, serta pelbagai aktiviti menarik lain yang memupuk semangat inovatif dalam kalangan warga kerja.

Diharapkan pembudayaan inovasi ini terus mempertingkatkan kualiti perkhidmatan KBS kepada rakyat dan semua pemegang taruh kementerian.

#TeamKBS  #KitaSemuaTeamMAS #MalaysiaMADANI #MADANIBekerja #RancakkanMADANI

Kementerian Belia dan Sukan Malaysia
Menara KBS No 27 Persiaran Perdana,
Presint 4, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62570 Putrajaya Malaysia
Tel : 03-8871 3000



Kemaskini Terakhir: 02-05-2026, 11:22:56
Jumlah Pengunjung Laman :
Statistik pelawat laman tidak dapat dipaparkan kerana JavaScript dilumpuhkan. Sila layari laman StatCounter.