Majlis Anugerah Pembangunan Negara 2025
- ukk
12 November 2025, Putrajaya - KBS sekali lagi melakar kejayaan apabila diumumkan sebagai penerima Anugerah IKON MyPROJEK Tahun 2025 pada Majlis Anugerah Pembangunan Negara 2025 yang disempurnakan oleh YAB Dato’ Seri Anwar Ibrahim, Perdana Menteri.
Anugerah berprestij ini diterima bagi pihak KBS oleh YBhg. Dato’ Ts. Dr. Nagulendran Kangayatkarasu, Ketua Setiausaha KBS, sebagai pengiktirafan atas komitmen dan konsistensi kementerian dalam melaporkan prestasi projek pembangunan melalui sistem MyPROJEK.
Kejayaan ini turut mengulangi pencapaian KBS pada tahun 2023 — bukti dedikasi berterusan seluruh warga Bahagian Pembangunan, bahagian, jabatan dan agensi di bawah KBS dalam memastikan KBS terus unggul mendukung agenda pembangunan negara.
#TeamKBS #KitaSemuaTeamMAS #MalaysiaMADANI #RancakkanMADANI #MADANIBekerja
