Berita KBS

Lawatan Penanda Aras  Ministry of Youth Algeria

Lawatan Penanda Aras Ministry of Youth Algeria

11 November 2025, Kuala Lumpur - Delegasi daripada Ministry of Youth Algeria telah mengadakan lawatan penanda aras ke Malaysia bagi mempelajari dan meneliti pelaksanaan dasar, program serta ekosistem pembangunan belia di negara ini. Lawatan tersebut berlangsung di International Youth Centre (IYC), Cheras.

Majlis dimulakan dengan ucapan aluan oleh YBrs. Puan Chan Hong Jin, Timbalan Ketua Setiausaha (Strategik) KBS, serta H.E. Mr. Abdelhafid Bounour, Duta Besar Algeria ke Malaysia.

Sesi lawatan merangkumi pembentangan dasar dan program belia oleh Bahagian Dasar dan Perancangan Strategik KBS, pembentangan ekosistem TVET oleh MTVET, serta pembentangan mengenai program kolaborasi antarabangsa oleh Bahagian Hubungan Antarabangsa KBS. 

Delegasi Algeria turut berkongsi maklumat mengenai Dasar Belia Nasional Algeria 2025–2029 serta pelbagai inisiatif pembangunan belia yang sedang dijalankan di negara mereka, sekali gus membuka ruang perbincangan dan peluang kerjasama dua hala dalam bidang pembangunan belia.

Lawatan ini dilaksanakan di bawah program UNDP – Strengthening Youth Empowerment in Algeria: Technical and Methodological Support, dengan objektif memperkukuh kerjasama strategik dan pertukaran pengetahuan antara Malaysia dan Algeria.

Program diakhiri dengan sesi taklimat dan tinjauan tapak di IYC, yang berfungsi sebagai hab pembangunan dan pemerkasaan belia di Malaysia.

#TeamKBS  #KitaSemuaTeamMAS  #MalaysiaMADANI  #MADANIBekerja  #RancakkanMADANI

Kementerian Belia dan Sukan Malaysia
Menara KBS No 27 Persiaran Perdana,
Presint 4, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62570 Putrajaya Malaysia
Tel : 03-8871 3000



Kemaskini Terakhir: 02-05-2026, 11:22:56
Jumlah Pengunjung Laman :
Statistik pelawat laman tidak dapat dipaparkan kerana JavaScript dilumpuhkan. Sila layari laman StatCounter.