Majlis Penyerahan Projek Program Santuni MADANI Ketua Setiausaha Kementerian Belia dan Sukan (KSU KBS) - Kampung Spang Loi, Segamat, Johor
- ukk
15 November 2025, Segamat, Johor - YBhg. Dato’ Ts. Dr. Nagulendran Kangayatkarasu, Ketua Setiausaha KBS, hadir menyempurnakan Majlis Penyerahan Projek Program Santuni MADANI Ketua Setiausaha Kementerian Belia dan Sukan (KSU KBS) di Kampung Spang Loi, Segamat, Johor.
Program Santuni MADANI – Satu Pemimpin Satu Kampung ini merupakan satu program khas yang diperkenalkan oleh YAB Perdana Menteri sebagai usaha meningkatkan potensi kampung dan keupayaan masyarakat menerusi libat urus berterusan dan pemantauan berkala.
Selaras dengan semangat Malaysia MADANI, inisiatif ini memperkukuh hubungan antara pemimpin, agensi kerajaan dan komuniti melalui pendekatan yang lebih manusiawi, inklusif dan berteraskan keprihatinan.
Pelaksanaan program ini merangkumi pelbagai usaha di peringkat komuniti, antaranya membaik pulih rumah penduduk termasuk penggantian atap rosak, kerja pendawaian lampu dan plaster permukaan dinding luar; baik pulih taman permainan serta dewan badminton; pembekalan peralatan sukan dan kerja-kerja keceriaan stor SK Spang Loi; penyediaan bekalan harian dan set peralatan pembersihan; pelaksanaan Kursus Skills for Life (Kelas Asas AI bersama IKTBN Pagoh); serta mengecat dan menghias pintu gerbang kampung.
Program ini bukan sekadar pelaksanaan projek atau pembaikan kemudahan awam, tetapi usaha membawa kepimpinan lebih dekat kepada rakyat, mendengar keperluan mereka dan memupuk rasa tanggungjawab sosial dalam kalangan semua pihak.
Tahniah dan terima kasih kepada semua pihak atas komitmen MADANI yang ditunjukkan dalam menjayakan program ini demi manfaat komuniti setempat.
#TeamKBS #KitaSemuaTeamMAS #MalaysiaMADANI #MADANIBekerja #RancakkanMADANI
