Rakan Muda Turun Kampus - Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam
- ukk
18 November 2025, Shah Alam - Menteri Belia dan Sukan, YB Hannah Yeoh, hadir di program Rakan Muda Turun Kampus yang kini memasuki siri ke-9.
Program yang berlangsung di Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam ini menampilkan perkongsian YB Menteri bertajuk “Berfikir di Luar Kotak: Mendepani Cabaran dan Halangan”, yang memberi inspirasi kepada para pelajar untuk melihat cabaran dengan perspektif baharu.
YB Menteri juga berkongsi pelbagai inisiatif pembangunan belia dan sukan yang sedang digerakkan oleh KBS untuk membuka lebih banyak peluang kepada golongan muda.
Rakan Muda Turun Kampus adalah usaha memperluas ruang dialog antara anak muda dan kepimpinan KBS, selari dengan nilai Keyakinan dan Ihsan dalam kerangka Malaysia MADANI.
#TeamKBS #KitaSemuaTeamMAS #MalaysiaMADANI #MADANIBekerja #RancakkanMADANI
