Majlis Perasmian Penutupan Karnival Apresiasi Bahasa dan Sastera peringkat KBS 2025
- ukk
20 November 2025, Putrajaya - YBhg. Dato’ Ts. Dr. Nagulendran Kangayatkarasu, Ketua Setiausaha Kementerian Belia dan Sukan (KBS), hadir menyempurnakan Majlis Perasmian Penutupan Karnival Apresiasi Bahasa dan Sastera peringkat KBS 2025.
Program yang diadakan bersempena Sambutan Dekad Bahasa Kebangsaan (DBK) dan Dekad Membaca Kebangsaan (DMK) ini merupakan komitmen berterusan KBS dalam menyokong agenda nasional, khususnya pemerkasaan bahasa kebangsaan.
KBS turut menyambut baik hasrat serta saranan YAB Perdana Menteri agar setiap kementerian, jabatan dan kerajaan negeri memartabatkan penggunaan bahasa kebangsaan melalui pelbagai program, inisiatif dan hebahan yang melibatkan penglibatan masyarakat secara menyeluruh.
Sebanyak 10 program telah dilaksanakan sepanjang karnival ini dengan penyertaan aktif warga kementerian, jabatan dan agensi. Selain itu, aktiviti Hebahan Bahasa turut dilaksanakan pada setiap hari Khamis setiap minggu sebagai usaha konsisten mengarusperdanakan penggunaan bahasa kebangsaan.
Majlis turut diserikan dengan Forum Santai Bahasa yang disampaikan oleh Saudara Ahmad Fedtri bin Yahya.
KBS berharap penganjuran karnival ini dapat terus memupuk kecintaan terhadap bahasa kebangsaan dalam kalangan warga kerja.
#TeamKBS #KitaSemuaTeamMAS #MalaysiaMADANI #MADANIBekerja #RancakkanMADANI
