Berita KBS

Majlis Penyerahan Jalur Gemilang Kontinjen Malaysia ke Temasya Sukan SEA ke-33 dan Sukan Para ASEAN ke-13

Majlis Penyerahan Jalur Gemilang Kontinjen Malaysia ke Temasya Sukan SEA ke-33 dan Sukan Para ASEAN ke-13

4 Disember 2025, Bukit Jalil - Menteri Belia dan Sukan, YB Hannah Yeoh, hari ini menyempurnakan Majlis Penyerahan Jalur Gemilang Kontinjen Malaysia ke Temasya Sukan SEA ke-33 dan Sukan Para ASEAN ke-13 yang berlangsung di Majlis Sukan Negara.

Pada majlis tersebut, YB Hannah menyerahkan Jalur Gemilang kepada Chef de Mission Sukan SEA 2025, Nurul Huda Abdullah, sebelum diserahkan kepada pembawa Jalur Gemilang, Andre Anura Anuar dari sukan Olahraga.

YB Hannah turut menyerahkan Jalur Gemilang kepada Chef de Mission Sukan Para ASEAN 2025, Encik Mohd Zarrawi Ravi Abdullah, yang kemudian diserahkan kepada Muhammad Akmal Danish Mohamad Supi (Para Powerlifting) dan Nurzammiezatul Syafiqqah Mohamad Zamberi (Para Badminton) selaku pembawa Jalur Gemilang.

Untuk edisi kali ini, Kontinjen Malaysia ke Sukan SEA bakal mencipta sejarah dengan penyertaan 1,142 atlet, melibatkan 459 acara merentasi semua 50 jenis sukan yang dipertandingkan.

Sementara itu, Kontinjen Malaysia ke Sukan Para ASEAN akan disertai seramai 236 atlet.

Sukan SEA 2025 akan berlangsung pada 9 – 20 Disember 2025 di Bangkok dan Chonburi, manakala Sukan Para ASEAN 2025 dijadualkan berlangsung di Korat pada 20 – 26 Januari 2026.

Hadir sama YB Adam Adli, Timbalan Menteri Belia dan Sukan dan YBhg. Dato’ Ts. Dr. Nagulendran Kangayatkarasu, Ketua Setiausaha KBS

#TeamKBS  #KitaSemuaTeamMAS  #MalaysiaMADANI  #MADANIBekerja  #RancakkanMADANI

Kementerian Belia dan Sukan Malaysia
Menara KBS No 27 Persiaran Perdana,
Presint 4, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62570 Putrajaya Malaysia
Tel : 03-8871 3000



Kemaskini Terakhir: 17-04-2026, 15:18:48
Jumlah Pengunjung Laman :
Statistik pelawat laman tidak dapat dipaparkan kerana JavaScript dilumpuhkan. Sila layari laman StatCounter.