Berita KBS

BERITA KBS

Perhimpunan Bulanan YAB Perdana Menteri Bersama Warga JPM

5 Januari 2026, Putrajaya - Perhimpunan bulanan YAB Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim, Perdana Menteri bersama-sama warga Jabatan Perdana Menteri bagi bulan Januari dan amanat tahun 2026 telah berlangsung di Dewan De’ Seri Endon, Puspanitapuri, pagi tadi.

Seiring dengan penganjuran perhimpunan ini, KBS turut menyertai secara hibrid dengan mengadakan sesi dalam talian yang dihadiri oleh YB Mordi Anak Bimol, Timbalan Menteri Belia dan Sukan; YBhg. Dato’ Ts. Dr. Nagulendran Kangayatkarasu, Ketua Setiausaha KBS serta warga KBS  di Lobi Menara KBS, Putrajaya.

Dalam majlis tersebut, YAB Dato’ Seri Anwar Ibrahim, Perdana Menteri telah menyampaikan Amanat Tahun Baharu 2026 yang menekankan keutamaan Kerajaan MADANI dalam memperkasa kecekapan penyampaian perkhidmatan awam, penetapan fokus strategik bagi tahun mendatang serta sorotan pencapaian utama sepanjang tempoh pentadbiran Kerajaan MADANI.

Seiring dengan amanat yang disampaikan, KBS menzahirkan komitmen berterusan untuk memperkukuh tadbir urus, meningkatkan keberkesanan pelaksanaan dasar serta melaksanakan setiap amanah yang dipertanggungjawabkan selaras dengan kerangka dan aspirasi Malaysia MADANI.

#TeamKBS #KitaSemuaTeamMAS #MalaysiaMADANI #MADANIBekerja #RancakkanMADAN

Kongsi: f 𝕏
Kementerian Belia dan Sukan Malaysia
Menara KBS No 27 Persiaran Perdana,
Presint 4, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62570 Putrajaya Malaysia
Tel : 03-8871 3000



Kemaskini Terakhir: 21-05-2026, 10:24:42
Jumlah Pengunjung Laman :
Statistik pelawat laman tidak dapat dipaparkan kerana JavaScript dilumpuhkan. Sila layari laman StatCounter.