Pelepasan Bantuan Pasca Bencana Monsun Timur Laut (MTL) 2025/2026
- ukk
7 Januari 2026, Putrajaya - YB Dr. Mohammed Taufiq Johari, Menteri Belia dan Sukan menyempurnakan Pelepasan Bantuan Pasca Bencana Monsun Timur Laut (MTL) 2025/2026 di Menara KBS, Putrajaya, sebagai simbol komitmen berterusan Kerajaan dalam membantu komuniti terjejas bencana.
KBS menerusi inisiatif Rakan Muda, dengan kerjasama strategik Majlis Belia Malaysia (MBM), menyelaras penyampaian bantuan kemanusiaan secara tersusun, berfokus dan berimpak melalui Jabatan Belia dan Sukan Negara (JBSN) serta Pusat Belia Antarabangsa (IYC).
Sebanyak 852 set bantuan diagihkan melibatkan 6 lokasi di 3 negeri iaitu Segamat (Johor), Miri (Sarawak) serta Kota Kinabalu, Tenom, Beaufort dan Kota Belud (Sabah), merangkumi kit innerwear, kit kebersihan diri dan keperluan asas harian.
Sehingga 6 Januari 2026, 753 sukarelawan belia telah digerakkan melalui 41 siri mobilisasi, melibatkan kerja pembersihan, pengagihan bantuan serta penyediaan sokongan psikososial kepada mangsa.
KBS terus komited memperkasa peranan belia sebagai rakan strategik negara dalam misi kesukarelawanan dan bantuan kemanusiaan.
#TeamKBS #KitaSemuaTeamMAS #MalaysiaMADANI #MADANIBekerja #RancakkanMADANI
