Kunjungan Hormat Ke Atas Duli Yang Amat Mulia Tunku Mahkota Ismail, Pemangku Sultan Johor
- ukk
13 Januari 2026, Johor - Kementerian Belia dan Sukan (KBS) merafak sembah menjunjung kasih Duli Yang Amat Mulia Tunku Mahkota Ismail, Pemangku Sultan Johor, atas perkenan menerima menghadap YB Dr. Mohammed Taufiq Johari, Menteri Belia dan Sukan pada hari ini.
Pertemuan tersebut menjadi wadah menjunjung titah, nasihat serta pandangan DYAM Tunku yang amat bernilai dan akan dijadikan pedoman dalam memperhalusi dasar, perancangan serta pelaksanaan inisiatif pembangunan belia dan sukan negara demi kepentingan generasi masa hadapan.
KBS menzahirkan setinggi-tinggi penghargaan atas keprihatinan serta sokongan DYAM Tunku terhadap agenda pembangunan belia dan sukan tanah air. Titah serta buah fikiran DYAM Tunku yang menekankan kepentingan pendidikan dan sukan sebagai medium strategik pembentukan modal insan berkualiti amat disanjung tinggi.
KBS mendoakan semoga DYAM Tunku dan seluruh Kerabat Diraja Johor dikurniakan kesihatan yang baik, kebijaksanaan berterusan, serta rahmat dan lindungan Allah SWT dalam memimpin serta menaungi Negeri Johor Darul Ta’zim demi kesejahteraan rakyatnya.
Allah Peliharakan Sultan.
#TeamKBS #KitaSemuaTeamMAS #MalaysiaMADANI #MADANIBekerja #RancakkanMADANI
