Sesi Lapor Diri Penasihat Undang-Undang dan Setiausaha Bahagian, Bahagian Hubungan Antarabangsa (BHA) KBS Yang Baharu
- ukk
15 Januari 2026, Putrajaya - YBhg. Dato’ Ts. Dr. Nagulendran Kangayatkarasu, Ketua Setiausaha KBS, hari ini menyempurnakan penyerahan surat pelantikan Penasihat Undang-Undang dan Setiausaha Bahagian, Bahagian Hubungan Antarabangsa (BHA) KBS yang baharu.
Pelantikan tersebut melibatkan Puan Erwani binti Ismail sebagai Penasihat Undang-Undang (PUU) serta YBrs. Dr. Muhammad Firdaus bin Azizan sebagai Setiausaha Bahagian, Bahagian Hubungan Antarabangsa (BHA), berkuat kuasa mulai 15 Januari 2026.
Warga KBS mengalu-alukan pelantikan ini dan yakin pelantikan ini akan menyuntik sinergi baharu, memperkukuh kepimpinan serta memperkasa pelaksanaan agenda belia dan sukan negara.
Selamat menjalankan amanah dan semoga terus cemerlang dalam mempertingkatkan penyampaian perkhidmatan Kementerian.
#TeamKBS #MalaysiaMADANI #MADANIBekerja #RancakkanMADANI #KitaSemuaTeamMAS
