Majlis Perjumpaan Bersama Atlet dan Jurulatih Negara
- ukk
15 Januari 2026, Bukit Jalil - YB Dr. Mohammed Taufiq Johari, Menteri Belia dan Sukan hadir ke Majlis Perjumpaan Bersama Atlet dan Jurulatih Negara di Majlis Sukan Negara, Bukit Jalil.
Majlis ini bukan sekadar ruang untuk beramah mesra, malah menjadi platform penting untuk saling berinteraksi, bertukar pandangan serta mengeratkan hubungan silaturahim antara atlet dan jurulatih negara.
Dalam amanatnya, beliau merakamkan ucapan tahniah kepada Kontinjen Negara di Sukan SEA 2025 atas pencapaian cemerlang, serta Kontinjen Malaysia ke Sukan Remaja Para Asia (AYPG) atas kejayaan yang amat membanggakan.
Dalam amanatnya juga, beliau mendoakan kejayaan buat Kontinjen Atlet Para Malaysia yang bakal berlepas ke Thailand bagi menyertai Temasya Sukan Para ASEAN di Nakhon Ratchasima dari 20 hingga 26 Januari 2026.
YB Menteri turut mengajak para atlet dan jurulatih untuk terus melangkah ke hadapan dengan semangat, disiplin dan keyakinan tinggi—menjadikan setiap cabaran sebagai kekuatan, setiap kritikan sebagai dorongan dan setiap peluang sebagai ruang untuk membuktikan kemampuan.
Hadir sama, YB Mordi Bimol, Timbalan Menteri Belia dan Sukan.
#TeamKBS #KitaSemuaTeamMAS #MalaysiaMADANI #MADANIBekerja #RancakkanMADANI
