Berita KBS

BERITA KBS

Taklimat YB Timbalan Menteri Belia dan Sukan Bersama Pejabat Pendaftar Pertubuhan Belia (ROY)

15 Januari 2026, Putrajaya -YB Mordi Bimol, Timbalan Menteri Belia dan Sukan telah hadir ke Pejabat Pendaftar Pertubuhan Belia (ROY), Kompleks C Putrajaya bagi mendengar taklimat berkaitan peranan serta hala tuju ROY dalam memperkasa ekosistem belia negara.

ROY berperanan mentadbir dan menguatkuasakan Akta Pertubuhan Belia dan Pembangunan Belia 2007 [Akta 668], termasuk pendaftaran serta penyelarasan pertubuhan belia di seluruh negara.

📊 Setakat 31 Disember 2025
🔹 8,077 pertubuhan belia berdaftar
🔹 991,729 ahli belia aktif

Taklimat telah disampaikan oleh Pendaftar Pertubuhan Belia, YBrs. Encik Hasnata Hasan, yang turut menerangkan pelaksanaan Akta Pindaan 2019 [Akta A1602] selaras dengan aspirasi pembangunan belia masa kini.

Turut hadir, Timbalan Ketua Setiausaha (Strategik) KBS, YBrs. Puan Chan Hong Jin.

💬 Belia Malaysia — masa depan ada di tangan anda.
Jom sertai atau tubuhkan pertubuhan belia dan jadi sebahagian daripada perubahan!

👉 Info lanjut: https://roy.kbs.gov.my/

#TeamKBS  #KitaSemuaTeamMAS  #MalaysiaMADANI #MADANIBekerja #RancakkanMADANI

Kongsi: f 𝕏
Kementerian Belia dan Sukan Malaysia
Menara KBS No 27 Persiaran Perdana,
Presint 4, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62570 Putrajaya Malaysia
Tel : 03-8871 3000



Kemaskini Terakhir: 12-05-2026, 07:49:46
Jumlah Pengunjung Laman :
Statistik pelawat laman tidak dapat dipaparkan kerana JavaScript dilumpuhkan. Sila layari laman StatCounter.