Berita KBS

Majlis Perhimpunan Mesra Bulanan KBS Januari 2026

Majlis Perhimpunan Mesra Bulanan KBS Januari 2026

21 Januari 2025, Putrajaya - YB Dr. Mohammed Taufiq Johari, Menteri Belia dan Sukan hadir di Majlis Perhimpunan Mesra Bulanan KBS Januari 2026 yang berlangsung di Menara KBS, Putrajaya.

Dalam amanatnya, YB Menteri merakamkan ucapan syabas dan tahniah atas pencapaian KBS sepanjang tahun 2025 yang mencerminkan komitmen berterusan dalam memperkasa agenda pembangunan belia dan sukan yang inklusif, progresif serta berimpak tinggi di peringkat kebangsaan dan antarabangsa.

Beliau turut merakamkan ucapan terima kasih dan penghargaan kepada YB Hannah Yeoh, mantan Menteri Belia dan Sukan, serta YB Adam Adli, mantan Timbalan Menteri, atas komitmen dan kepimpinan mereka dalam menerajui KBS sebelum ini.

Bagi tahun 2026, fokus KBS kekal selari dengan aspirasi Kerajaan MADANI, dengan penekanan kepada pelaksanaan yang lebih pantas, cekap dan berkesan demi manfaat belia dan komuniti sukan negara.

Majlis turut diserikan dengan Penyampaian Anugerah Khas Pekerja Terbaik Bil. 3/2025 serta Penyampaian Hadiah kepada Pasukan Bola Jaring KBS, juara Kejohanan Sukan Integrasi MAKSWIP 2025.

Turut hadir, YBhg. Dato’ Ts. Dr. Nagulendran Kangayatkarasu, Ketua Setiausaha KBS.

#TeamKBS #KitaSemuaTeamMAS #MalaysiaMADANI #MADANIBekerja #RancakkanMADANI

Kementerian Belia dan Sukan Malaysia
Menara KBS No 27 Persiaran Perdana,
Presint 4, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62570 Putrajaya Malaysia
Tel : 03-8871 3000



Kemaskini Terakhir: 02-05-2026, 11:22:56
Jumlah Pengunjung Laman :
Statistik pelawat laman tidak dapat dipaparkan kerana JavaScript dilumpuhkan. Sila layari laman StatCounter.