Berita KBS

 Majlis FIFA World Cup Trophy Tour 2026

Majlis FIFA World Cup Trophy Tour 2026

21 Januari 2026, Selangor - YBhg. Dato’ Ts. Dr. Nagulendran Kangayatkarasu, Ketua Setiausaha KBS mewakili YB Menteri Belia dan Sukan sebagai Tetamu Khas Majlis FIFA World Cup Trophy Tour 2026 yang dianjurkan oleh Coca-Cola Bottlers Malaysia bertempat di Subang SkyPark, Selangor. 

Dalam ucapannya, YBhg. Dato' Ts. Dr. KSU menekankan kepentingan sukan, termasuk bola sepak, dalam mengekalkan gaya hidup sihat dan pembangunan modal insan negara. Acara seperti Piala Dunia FIFA ini merupakan platform untuk perkembangan bakat dan minat mendalam terhadap sukan. Bola sepak selain merupakan sukan popular turut menjadi agen perpaduan dan memangkinkan industri sukan. 

Turut hadir Encik Selman Careaga, Presiden, Asean & Pasifik Selatan bagi The Coca-Cola Company, Encik Tolga Cebe, CEO, Malaysia–Singapore–Brunei, Bottling Investment Group dan Encik Gilberto Silva, Pemenang Piala Dunia FIFA 2002. 

#TeamKBS  #KitaSemuaTeamMAS  #MalaysiaMADANI  #MADANIBekerja #RancakkanMADANI

Kementerian Belia dan Sukan Malaysia
Menara KBS No 27 Persiaran Perdana,
Presint 4, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62570 Putrajaya Malaysia
Tel : 03-8871 3000



Kemaskini Terakhir: 02-05-2026, 11:22:56
Jumlah Pengunjung Laman :
Statistik pelawat laman tidak dapat dipaparkan kerana JavaScript dilumpuhkan. Sila layari laman StatCounter.