Majlis Anugerah Sukan Negara 2022
- ukk
KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dan KDYMM Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong berkenan berangkat menyempurnakan Majlis Anugerah Sukan Negara 2022 di Subang.
Majlis berprestij ini diturut dihadiri oleh YB Hannah Yeoh, Menteri Belia dan Sukan YB Adam Adli, Timbalan Menteri Belia dan Sukan.
Dalam majlis penuh gilang gemilang ini KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong berkenan mengurniakan Anugerah Olahragawan Kebangsaan 2022 kepada atlet badminton Aaron Chia dan Soh Wooi Yik serta Anugerah Olahragawati Kebangsaan 2022 buat atlet gimrama Ng Joe Ee.
Turut hadir sama YBhg. Ts. Dr. Nagulendran Kangayatkarasu, Ketua Setiausaha KBS.
Anugerah Sukan Negara 2022 merupakan pengiktirafan tertinggi kerajaan kepada atlet-atlet, jurulatih dan pegawai yang mencipta kebanggaan seluruh Malaysia di pentas antarabangsa.
#TeamKBS #DemiMalaysia #MalaysiaMADANI