Berita KBS

 Wacana Belia Diraja 2026

Wacana Belia Diraja 2026

24 Januari 2025, Kuantan, Pahang - Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Al-Marhum Sultan Haji Ahmad Shah berkenan bercemar duli berangkat ke program Wacana Belia Diraja 2026 di sebuah hotel di sini hari ini. 

Turut berangkat, Kebawah Duli Paduka Mulia Tengku Mahkota Pahang Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Ibni Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Wacana ini turut dihadiri oleh YB Timbalan Menteri Belia dan Sukan, YB Mordi Bimol, serta menghimpunkan seramai 500 peserta terdiri daripada kepimpinan persatuan belia, mahasiswa institusi pengajian tinggi dan pihak berkepentingan dalam bidang pembangunan belia dan kenegaraan.

Wacana bertemakan “Titah Diraja, Amanah Belia: Membina Masa Depan Pahang Berdaulat” anjuran Majlis Belia Malaysia (MBM) ini merupakan inisiatif strategik ke arah memperkukuh literasi kenegaraan dalam kalangan belia, khususnya berkaitan fungsi, peranan dan kedudukan institusi Raja Berperlembagaan sebagai teras kestabilan serta kedaulatan negara.

#TeamKBS  #KitaSemuaTeamMAS  #MalaysiaMADANI  #MADANIBekerja  #RancakkanMADANI

Kementerian Belia dan Sukan Malaysia
Menara KBS No 27 Persiaran Perdana,
Presint 4, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62570 Putrajaya Malaysia
Tel : 03-8871 3000



Kemaskini Terakhir: 02-05-2026, 11:22:56
Jumlah Pengunjung Laman :
Statistik pelawat laman tidak dapat dipaparkan kerana JavaScript dilumpuhkan. Sila layari laman StatCounter.