Berita KBS

Coach Developer Development Course

Coach Developer Development Course

YB Hannah Yeoh, Menteri Belia dan Sukan hadir ke majlis penutup Coach Developer Development Course di Institut Sukan Negara.

Kursus ini telah diadakan pada 12 hingga 14 Julai 2023 dan merupakan satu kursus yang dikendalikan Nippon Sports Science University Coach Developer Academy (NCDA).

Kursus ini menumpukan kepada pembangunan jurulatih dan menyokong kepada sistem kejurulatihan sukan di Malaysia dan dirangka bagi meneruskan kesinambungan usahasama di antara pihak Kementerian Belia dan Sukan (KBS) dan Nippon Sports Science University (NSSU) melalui lawatan kerja YB Menteri ke Tokyo (April 2023) bagi memastikan pembangunan kejurulatihan secara berstruktur kepada kumpulan pelapis jurulatih negara. 

Diharap dengan usahasama antara KBS dan NSSU ini dapat meningkatkan tahap perkhidmatan dan sistem kejurulatihan serta melahirkan lebih ramai jurulatih yang berkualiti di Malaysia.

#TeamKBS #MalaysiaMADANI #DemiMalaysia
Kementerian Belia dan Sukan Malaysia
Menara KBS No 27 Persiaran Perdana,
Presint 4, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62570 Putrajaya Malaysia
Tel : 03-8871 3000



Kemaskini Terakhir: 21-04-2026, 15:52:08
Jumlah Pengunjung Laman :
Statistik pelawat laman tidak dapat dipaparkan kerana JavaScript dilumpuhkan. Sila layari laman StatCounter.