Berita KBS

Pelancaran Dana E-Sukan KBS (DEK) 2026 dan Malaysia E-sports Accelerator Program (MEAP) 2026

Pelancaran Dana E-Sukan KBS (DEK) 2026 dan Malaysia E-sports Accelerator Program (MEAP) 2026

12 Mac 2026, Puchong, Selangor - YB Dr. Mohammed Taufiq Johari, Menteri Belia dan Sukan melancarkan Dana E-Sukan KBS (DEK) 2026 dan Malaysia E-sports Accelerator Program (MEAP) 2026 bagi memperkasa ekosistem e-sukan negara.

DEK 2026 memperuntukkan RM1 juta bagi menyokong penganjuran kejohanan e-sukan dan pembangunan kandungan digital, dengan pembiayaan sehingga RM20,000 bagi setiap projek. Inisiatif ini menyasarkan penyertaan 9,000 peserta serta 2.5 juta tontonan digital.

MEAP 2026 pula diteruskan dengan peruntukan RM500,000 untuk membantu pasukan dan pemain tempatan membuat persiapan rapi bagi bersaing di peringkat antarabangsa.

Kerajaan komited memperkukuh pembangunan e-sukan negara, dari akar umbi hingga ke pentas dunia. ๐ŸŽฎ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ

Turut hadir, YBhg. Datoโ€™ Rahimi Ismail, Ketua Setiausaha KBS.

#TeamKBS #KitaSemuaTeamMAS #MalaysiaMADANI #MADANIBekerja #RancakkanMADANI

Kementerian Belia dan Sukan Malaysia
Menara KBS No 27 Persiaran Perdana,
Presint 4, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62570 Putrajaya Malaysia
Tel : 03-8871 3000



Kemaskini Terakhir: 22-04-2026, 11:02:07
Jumlah Pengunjung Laman :
Statistik pelawat laman tidak dapat dipaparkan kerana JavaScript dilumpuhkan. Sila layari laman StatCounter.