NAZIRAN PEMATUHAN JAWATANKUASA TATAKELOLA (JTK) PERINGKAT NASIONAL ARAHAN YAB PERDANA MENTERI NO. 1 TAHUN 2023 - GERAKAN PEMANTAPAN TATAKELOLA NASIONAL KE ATAS UNIT INTEGRITI (UI) KEMENTERIAN BELIA DAN SUKAN MALAYSIA (KBS
- ukk
27 Februari 2026, Putrajaya – Bahagian Urus Tadbir Sektor Awam (BUTSA) Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah hadir ke Unit Integriti (UI) KBS bagi melaksanakan naziran pematuhan Jawatankuasa Tatakelola (JTK) dalam usaha memastikan keteraturan dan pelaksanaan Arahan YAB Perdana Menteri No. 1 Tahun 2023 dapat memenuhi objektif yang ditetapkan.
Selain pada itu, pihak BUTSA yang diketuai oleh Tuan KPKPj Sudirman bin Aban, Pengarah BUTSA telah menyampaikan perkonsgian dan khidmat nasihat kepada pihak KBS berhubung perkara-perkara penting yang perlu diberi penelitian dalam pelaksanaan Mesyuarat Jawatankuasa Tatakelola (JTK). YBrs. Tuan Razali bin Khamis, Ketua Unit Integriti KBS turut hadir sepanjang sesi naziran tersebut berlangsung.
