Akuan Sokongan Kod Sukan Selamat
- ukk
YB Hannah Yeoh, Menteri Belia dan Sukan hadir menyaksikan 50 orang Ahli-ahli Jawatankuasa Anti-Doping yang terdiri daripada pakar-pakar dalam bidang Pendidikan, Pengurusan Keputusan (Result Management) dan Therapeutic Use Exmption (TUE) serta Pegawai-pegawai Kawalan Doping (Doping Control Officers) dan para pendidik Anti-doping (Educators) menandatangi Akuan Sokongan Kod Sukan Selamat di Menara KBS, hari ini.
Majlis ini sebagai tanda sokongan serta komitmen tidak berbelah bahagi penggerak anti-doping menegakkan prinsip dan nilai murni Kod Sukan Selamat.
Penggerak anti-doping selaku barisan hadapan anti-doping yang terlibat secara langsung dengan Komuniti Sukan khususnya memainkan peranan untuk melindungi Komuniti Sukan daripada sebarang bentuk tindak tanduk tidak bermoral/berintegriti yang boleh menjejaskan bukan hanya kesihatan fizikal dan mental, malah turut menjadi penyebab kepada kemerosotan prestasi atlet.
Hadir sama YBhg. Ts. Dr. Nagulendran Kangayatkarasu, Ketua Setiausaha KBS.
#TeamKBS #DemiMalaysia #MalaysiaMADANI