Berita KBS

BERITA KBS

Southeast Asia Ministerial Meeting on Youth and Sports 2026

4 Mei 2026, Indonesia - YBhg. Dato’ Rahimi Ismail, Ketua Setiausaha KBS, telah mengetuai delegasi Malaysia ke Southeast Asia Ministerial Meeting on Youth and Sports 2026 yang berlangsung pada 3 hingga 5 Mei 2026 di Bali, Indonesia.

Mesyuarat ini menghimpunkan wakil-wakil negara Asia Tenggara bagi membincangkan hala tuju kerjasama serantau dalam memperkukuh pembangunan belia dan sukan, selaras dengan aspirasi bersama untuk membina ekosistem yang lebih inklusif, progresif dan berdaya saing.

Penyertaan Malaysia mencerminkan komitmen berterusan KBS dalam memperkukuh hubungan strategik bersama negara-negara serantau, di samping meneroka ruang kerjasama baharu yang memberi manfaat kepada pembangunan belia dan sukan di rantau Asia Tenggara.

#TeamKBS #KitaSemuaTeamMAS #MalaysiaMADANI #MADANIBekerja #RancakkanMADANI

Kongsi: f 𝕏
Kementerian Belia dan Sukan Malaysia
Menara KBS No 27 Persiaran Perdana,
Presint 4, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62570 Putrajaya Malaysia
Tel : 03-8871 3000



Kemaskini Terakhir: 06-05-2026, 18:07:59
Jumlah Pengunjung Laman :
Statistik pelawat laman tidak dapat dipaparkan kerana JavaScript dilumpuhkan. Sila layari laman StatCounter.