BERITA KBS
Kunjungan Hormat Setiausaha Agung Islamic Solidarity Sports Association (ISSA)
5 Mei 2026, Putrajaya -Â YB Dr. Mohammed Taufiq Johari, Menteri Belia dan Sukan menerima kunjungan hormat daripada TYT Nasser Ayman Al Majali, Setiausaha Agung Islamic Solidarity Sports Association (ISSA), bersama delegasi dari Kementerian Sukan Arab Saudi serta Jawatankuasa Olimpik dan Paralimpik Arab Saudi (SOPC).
ISSA dianggotai oleh 57 negara Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) dan merupakan penganjur Islamic Solidarity Games (ISG), iaitu temasya sukan empat tahun sekali yang mula diperkenalkan pada tahun 2005.
Dalam pertemuan tersebut, wakil delegasi telah menyampaikan taklimat kepada YB Menteri mengenai hala tuju baharu ISSA, termasuk usaha memperkukuh prestij ISG serta perkembangan terkini penganjuran temasya seterusnya yang dijadualkan berlangsung di Selangor pada tahun 2029.
Semoga ISSA terus memainkan peranan penting dalam mempererat hubungan negara-negara Islam melalui sukan.
#TeamKBS #KitaSemuaTeamMAS #MalaysiaMADANI #RancakkanMADANI #MADANIBekerja
