BERITA KBS
Women to Women Sports Coaching Symposium 2026
5 Mei 2026, Putrajaya - YB Mordi Bimol, Timbalan Menteri Belia dan Sukan telah hadir menyempurnakan program Women to Women Sports Coaching Symposium 2026.
Bertemakan “Coaching Her Potential: Performance, Purpose, and Progress”, simposium ini menghimpunkan delegasi terkemuka ASEAN, pakar antarabangsa, jurulatih, penyelidik serta rakan industri bagi memperkasa kepimpinan wanita dalam bidang kejurulatihan sukan.
Penganjuran simposium ini turut menjadi satu pencapaian penting di peringkat serantau dalam merapatkan jurang antara penyelidikan, dasar dan amalan kejurulatihan.
Seiring dengan penganjuran simposium ini, YB Timbalan Menteri turut mengumumkan pelaksanaan Professional Certificate in Artificial Intelligence (AI) in Sports Technology Programme, iaitu satu kerjasama strategik antara UTMSPACE dan Institut Sukan Negara (ISN).
Simposium ini mampu menjadi pemangkin kepada kerjasama jangka panjang, inovasi serta pembangunan kepimpinan wanita dalam sukan di seluruh rantau ASEAN.
#TeamKBS #KitaSemuaTeamMAS #MalaysiaMADANI #RancakkanMADANI #MADANIBekerja
