
Sidang Media Sambutan Hari Sukan Negara Peringkat Kebangsaan Tahun 2023
- ukk
Putrajaya, 5 September 2023 - Majlis Perasmian Sambutan Hari Sukan Negara Peringkat Kebangsaan Tahun 2023 akan diadakan pada 14 Oktober 2023 (Sabtu) bertempat di Pekarangan Istana Kehakiman, Putrajaya yang akan disempurnakan oleh YAB Dato’ Seri Anwar Ibrahim, Perdana Menteri.
Penganjuran Hari Sukan Negara Peringkat Negeri dan Bahagian di negeri Sarawak diselaraskan semula ke 28 Oktober 2023 (Sabtu) bagi menghormati Sambutan Ulang Tahun Kelahiran TYT Yang di-Pertua Negeri Sarawak.
YBhg. Ts. Dr. Nagulendran Kangayatkarasu, Ketua Setiausaha KBS menyasarkan sasaran penyertaan seramai 4.5 juta orang di seluruh negara bagi HSN 2023 dengan tema #FitMalaysia dan #HSN2023.
Pelbagai program dan aktiviti sukan dan rekreasi akan dianjurkan di peringkat daerah, negeri dan kebangsaan bermula 13 hingga 15 Oktober 2023.
KBS menyeru semua pihak untuk bersama-sama memeriahkan penganjuran HSN termasuklah menerusi pelaksanaan program dan aktiviti sukan dan rekreasi di peringkat masing-masing. Cadangan pelaksanaan program dan aktiviti boleh didaftarkan secara dalam talian di portal https://www.harisukannegara.my.
KBS turut mengalu-alukan mana-mana pihak terutamanya pihak pertubuhan bukan kerajaan (NGO), korporat dan swasta untuk bersama menyokong dan menyertai sambutan HSN melalui kerjasama strategik. Cadangan kerjasama boleh dihantar menerusi e-mel
#TeamKBS #DemiMalaysia #MalaysiaMADANI #FitMalaysia #HSN2023