Majlis Perasmian Penutup Karnival Sukan Orang Asli
- ukk
Bangi, 5 September 2023 - YBhg. Ts. Dr. Nagulendran Kangayatkarasu, Ketua Setiausaha KBS menghadiri Majlis Perasmian Penutup Karnival Sukan Orang Asli anjuran Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) bertempat di Stadium Pusat Sukan, Universiti Kebangsaan Malaysia.
Majlis Perasmian Penutup KSOA dirasmikan oleh YB Dato' Hajah Rubiah binti Wang, Timbalan Menteri Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah.
Majlis ini menandakan berakhirnya Karnival Sukan Orang Asli (KSOA) 2023 yang melibatkan 504 pemain dari 6 kontijen melibatkan 10 negeri, bertanding dalam 8 acara.
KSOA telah berjaya mendapat Geran Padanan Sukan (GPS) yang diselaraskan oleh KBS untuk mencungkil bakat dan membawa atlet Orang Asli ke peringkat yang lebih tinggi.
Turut ialah Tuan Abd Aziz bin Abd Rahman, Timbalan Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan.
