Berita KBS

Majlis Penyerahan Jalur Gemilang Kontinjen Malaysia ke Sukan Asia & Sukan Para Asia 2022

Majlis Penyerahan Jalur Gemilang Kontinjen Malaysia ke Sukan Asia & Sukan Para Asia 2022

Bukit Jalil, 11 September 2023 - Yang Amat Berbahagia Dato' Seri Dr. Wan Azizah Dr. Wan Ismail, Isteri Kepada YAB Perdana Menteri Malaysia menyempurnakan Majlis Penyerahan Jalur Gemilang Kontinjen Malaysia ke Sukan Asia & Sukan Para Asia 2022.
 
Majlis penyerahan turut dihadiri YB Hannah Yeoh, Menteri Belia dan Sukan dan YBhg. Ts. Dr. Nagulendran Kangayatkarasu, Ketua Setiausaha KBS.
 
Temasya Sukan Asia 2022 Hangzhou, China akan bermula 23 September hingga 8 Oktober 2023 manakala temasya Sukan Para Asia pula akan bermula 22 hingga 28 Oktober 2023.
Seramai 289 orang atlet dan 145 orang pegawai dan jurulatih dari Kontinjen Malaysia akan mengambil bahagian dalam 22 daripada 40 jenis sukan yang dipertandingkan, menerusi penyertaan dalam 121 acara.
 
Manakala Sukan Para Asia pula kontinjen Negara akan bertanding dalam 14 jenis sukan dan 22 acara melibatkan 115 atlet dan 43 pegawai dan jurulatih.
 
Selamat maju jaya kepada wira dan wirawati atlet negara dan kepada seluruh rakyat Malaysia sama-sama kita berikan sokongan dan doa untuk keselamatan dan kecemerlangan Kontinjen Malaysia.
Kementerian Belia dan Sukan Malaysia
Menara KBS No 27 Persiaran Perdana,
Presint 4, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62570 Putrajaya Malaysia
Tel : 03-8871 3000

Dasar Keselamatan | Dasar Privasi | Penafian | Peta Laman
Pilihan Bahasa : Bahasa Malaysia | Bahasa English

Kemaskini Terakhir: 21-05-2025, 09:58:06

Jumlah Pengunjung Laman :

Search