
Menyambut Kepulangan Pasukan Boling Padang Negara
- ukk
Sepang, 11 September 2023 - YB Hannah Yeoh, Menteri Belia dan Sukan menyambut kepulangan pasukan boling padang negara yang muncul juara pada Kejohanan Boling Padang Dunia di Gold Coast, Australia.
Beregu wanita, Nur Ain Nabilah Tarmizi dan Aleena Ahmad Nawawi berjaya memenangi pingat emas manakala beregu lelaki, Idham Amin Ramlan dan Izzat Dzulkeple memenangi pingat gangsa.
Kejayaan gandingan wanita negara ini menamatkan penantian 15 tahun Malaysia meraih pingat emas pada kejohanan dunia.
YB Menteri juga turut mengumumkan insentif wang tunai RM40,000 seorang buat beregu wanita dan RM10,000 seorang buat beregu lelaki. Semoga insentif ini akan terus mendorong atlet negara kita terus cemerlang mengharumkan nama negara di persada dunia.
#TeamKBS #DemiMalaysia #MalaysiaMADANI