
LAWATAN YB TIMBALAN MENTERI KE ETHNOSPORTS SUMMIT DI KHIVA, UZBEKISTAN
- ukk
Uzbekistan, 8 September 2023 - YB Adam Adli Abd Halim, Timbalan Menteri Belia dan Sukan telah mengadakan lawatan kerja ke Khiva, Uzbekistan bagi menghadiri Ethnosport Summit 2023 pada 8 September 2023. Ethnosport Summit dianjurkan bersama oleh World Ethnosport Confederation (WEC) dan Kerajaan Uzbekistan bagi mempromosi dan membangunkan sukan dan permainan tradisional (Traditional Sports and Games – TSG).
Semasa Ethnosport Summit tersebut, YB Timbalan Menteri bersama-sama dengan TYT Dr. Adham Ikramov, Menteri Dasar Belia dan Sukan Uzbekistan, TYT İbrahim Yumaklı, Menteri Pertanian dan Perhutanan Republik Türkiye dan TYT Sarsen Kuranbek, Timbalan Menteri Kebudayaan dan Sukan Republik Kazakhstan telah bertukar pandangan mengenai kepentingan pembangunan TSG dalam negara masing-masing dan serantau dalam sesi High-Level Ministerial Panel yang dipengerusikan oleh TYT Necmeddin Bilal Erdoğan, Presiden WEC. Pembangunan dasar TSG yang terancang dilihat dapat menyumbang kepada usaha dalam pencapaian kemampanan alam sekitar dan kebudayaan.
YB Timbalam Menteri diiringi oleh YBrs. Dr. Norhasmat bin Abdul Aziz, Setiausaha Bahagian Hubungan Antrabangsa KBS.