Berita KBS

Jualan Sukan Rahmah (JSR) 2023

Jualan Sukan Rahmah (JSR) 2023

Damansara, 14 September 2023 - Kementerian Belia dan Sukan terus komited melaksanakan inisiatif Sukan Rahmah. KBS melalui Sekretariat Industri Sukan (SIS) dengan sokongan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) menganjurkan Jualan Sukan Rahmah (JSR) 2023 pada 16 September hingga 15 Oktober 2023.

Majlis Perasmian Jualan Sukan Rahmah yang disempurnakan oleh YB Hannah Yeoh, Menteri Belia dan Sukan mengambil dari konsep Jualan Rahmah iaitu jualan barangan pada kadar murah yang diperkenalkan oleh kerajaan di bawah inisiatif payung rahmah bertujuan untuk membantu rakyat berjimat ketika berbelanja. 

Sebanyak 10 buah syarikat peruncitan sukan telah bersetuju untuk menjayakan program kali pertama diadakan ini. JSR ini akan diadakan secara fizikal di outlet syarikat yang mengambil bahagian serta jualan secara dalam talian.

Program ini turut diadakan bersempena Hari Malaysia pada 16 September dan sambutan Hari Sukan Negara (HSN) yang akan diadakan pada 14 Oktober 2023. Hasrat penganjuran JSR ini adalah untuk rakyat memperolehi potongan harga barangan dan peralatan sukan manakala pemain industri sukan mampu meningkatkan hasil jualan.

Dengan adanya jualan barangan sukan pada harga yang murah dan berpatutan, ia akan meningkatkan lagi kadar rakyat Malaysia untuk bergiat aktif dalam kegiatan sukan dan rekreasi serta akan dapat meningkatkan Indeks Budaya Sukan Negara. 

Secara tidak langsung, penglibatan lebih ramai rakyat dalam kegiatan sukan akan melahirkan masyarakat yang sihat dan cergas selari dengan Visi Sukan Negara 2030 iaitu Malaysia mencapai status Negara Bersukan menjelang tahun 2030.

#TeamKBS #MalaysiaMADANI #DemiMalaysia

Kementerian Belia dan Sukan Malaysia
Menara KBS No 27 Persiaran Perdana,
Presint 4, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62570 Putrajaya Malaysia
Tel : 03-8871 3000

Dasar Keselamatan | Dasar Privasi | Penafian | Peta Laman
Pilihan Bahasa : Bahasa Malaysia | Bahasa English

Kemaskini Terakhir: 20-05-2025, 10:58:46

Jumlah Pengunjung Laman :

Search