
Majis Memperkenalkan Penaja Perdana LtDL 2023
- ukk
Bukit Jalil, 14 September 2023 - SYARIKAT Petroliam Nasional Berhad (PETRONAS) diumumkan sebagai penaja perdana (title sponsor) bagi saingan edisi ke-27 Le Tour de Langkawi 2023 (LTdL), sekali gus akan menaja jersi pendahulu keseluruhan berwarna hijau bagi jelajah bertaraf ProSeries itu.
Majlis memperkenalkan penaja perdana ini disempurnakan oleh Menteri Belia dan Sukan, YB Hannah Yeoh. Acara berbasikal ini bakal memulakan kayuhan pada 23 September hingga 30 September ini melibatkan lapan peringkat.
Turut hadir Pengurus Besar Kanan Komunikasi Strategik Kumpulan PETRONAS, YBhg. Datin Anita Azrina Abd Aziz, Ketua Setiausaha KBS, YBhg. Ts. Dr. Nagulendran Kangayatkarasu, Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara (MSN), YBhg. Dato’ Ahmad Shapawi Ismail dan Naib Presiden 1 Persekutuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia (PKBM), YBhg. Dato’ Amarjit Singh.
#Teamkbs #MalaysiaMADANI #DemiMalaysia