Sambutan Hari Malaysia Sambutan Hari Malaysia 2023 Peringkat Kebangsaan
- ukk
Kuching, 16 September 2023 - YB Hannah Yeoh, Menteri Belia dan Sukan hadir ke Sambutan Hari Malaysia Sambutan Hari Malaysia 2023 Peringkat Kebangsaan di Stadium Perpaduan, Kuching, Sarawak.
Sambutan dihadiri lebih 5,000 rakyat Malaysia yang memenuhi Stadium Perpaduan dengan membawa semangat “Segulai Sejalai” membawa maksud “Seiring Sejalan” yang melambangkan kesatuan, perpaduan serta semangat kerjasama yang utuh dalam kalangan rakyat Malaysia.
Sambutan diserikan dengan upacara menandatangani Buku Khas sambutan Hari Malaysia 2023 oleh Perdana Menteri, YAB Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim; Premier Sarawak, YAB Datuk Patinggi Tan Sri (Dr.) Abang Haji Abdul Rahman Zohari bin Tun Datuk Abang Haji Openg dan Ketua Menteri Sabah, YAB Datuk Seri Panglima Haji Hajiji bin Haji Noor sebagai acara simbolik penubuhan Malaysia pada tahun 1963.
Semangat "Segulai Sejalai" diketengahkan dengan persembahan khas muzikal melalui tiga segmen iaitu Tanah Airku Tumpah Darahku, Malaysia Kita dan Segulai Sejalai yang memaparkan semangat perjuangan, kelestarian budaya, keutuhan agama, serta lambang kesatuan dan kemasyarakatan dalam kalangan rakyat berbilang bangsa.
#TeamKBS #DemiMalaysia #MalaysiaMADANI
