
Majlis Penyampaian Anugerah Perdana Belia Negara (APBN) Peringkat Kebangsaan Tahun 2023
- ukk
Putrajaya, 11 November 2023 - YB Hannah Yeoh, Menteri Belia dan Sukan menyempurnakan Majlis Penyampaian Anugerah Perdana Belia Negara (APBN) Peringkat Kebangsaan Tahun 2023 di Putrajaya.
APBN merupakan platform bagi menghargai dan mengiktiraf sumbangan dan pencapaian belia Malaysia yang memberikan impak signifikan kepada pembangunan negara.
APBN pada tahun ini mempertandingkan empat (4) kategori anugerah utama, dua (2) kategori anugerah khas dan lima (5) kategori ikon belia dianugerahkan.
Majlis diserikan dengan kehadiran YB Adam Adli Abd Halim, Timbalan Menteri Belia dan Sukan dan YBhg. Ts. Dr. Nagulendran Kangayatkarasu, Ketua Setiausaha KBS.
Tahniah dan syabas kepada semua penerima APBN 2023.
#TeamKBS #MalaysiaMADANI #DemiMalaysia
Senarai Penerima Anugerah
Kategori Pertubuhan Belia
🥇 : Persatuan Belia (MBFM) Felda Kerteh 03
🥈 : Persatuan Belia (MBFM) Felda Pasoh 04
🥉 : Junior Chamber International Malaysia
Kategori Individu Lelaki
🥇 : Saudara Mohammad Syafiq Ridzwan bin Jamaluddin
🥈 : Saudara Khairul Azhar bin Kamaruzaman
🥉 : Saudara Muhammad Shohaimil Haffiz bin Salleh
Kategori Individu Wanita
🥇 : Saudari Debbie Gibson Anak Medan
🥈 : Saudari Khairunnisa binti Abu Samah
🥉 : Saudari Nur Munirah binti Othman
Kategori Emas Remaja Perdana
🎖️ : Saudara Dineshkumar A/L Narayanasamy
Kategori Anugerah Khas
🎖️ : Saudari Sivasangari Subramaniam
Kategori Anugerah Khas Inspirasi
🎖️ : Puan Intan Zulaikha binti Jusoh
Kategori Ikon Belia Karismatik
🎖️ : Dr. Muhammad Talhah bin Ajmain @ Jima'ain
Kategori Ikon Belia Reka Tekno
🎖️ : Dr. Alexander Choo Chia Chun
Kategori Ikon Belia Kelestarian Alam
🎖️ : Saudara Muhammad Naili Jazli bin Mohd Jamsari
Kategori Ikon Youth - Biz
🎖️ : Saudara Muhammad Al Ahnaf bin Mohd Roslan
Kategori Ikon Belia OKU
🎖️ : Saudara Mohd Faiz bin Shuhaimi