Berita KBS

Kunjung Hormat Ketua Setiausaha Kementerian Belia dan Sukan ke Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan Malaysia

Kunjung Hormat Ketua Setiausaha Kementerian Belia dan Sukan ke Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan Malaysia

Kementerian Belia dan Sukan (KBS) diketuai Ketua Setiausaha, YBhg. Ts. Dr. Nagulendran Kangayatkarasu telah mengadakan kunjung hormat ke YBhg Dato’ Indera Nik Nasarudin b. Mohd Zawani, Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).

Perkara yang dibincang antara lain adalah berkaitan potensi kerjasama strategik untuk pembangunan sukan di akar umbi, program Rakan Muda dan pengklasifikasian semula sukan tempur di sekolah.

Pelaksanaan program secara bersama melibatkan kedua-dua kementerian akan terus diperkukuhkan demi meningkatkan mutu pembangunan sukan negara.

Kementerian Belia dan Sukan Malaysia
Menara KBS No 27 Persiaran Perdana,
Presint 4, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62570 Putrajaya Malaysia
Tel : 03-8871 3000

Dasar Keselamatan | Dasar Privasi | Penafian | Peta Laman
Pilihan Bahasa : Bahasa Malaysia | Bahasa English

Kemaskini Terakhir: 11-07-2025, 08:01:19

Jumlah Pengunjung Laman :

Search