
Majlis Perhimpunan Bulan Disember dan Apresiasi KBS 2023
- ukk
13 Disember 2023, Bukit Jalil - YB Hannah Yeoh, Menteri Belia dan Sukan hadir di Majlis Perhimpunan Bulan Disember dan Apresiasi KBS 2023.
Majlis yang berlangsung di Pusat Belia Antarabangsa, Cheras ini bertujuan untuk meraikan warga KBS dan rakan strategik kementerian yang telah berganding bahu dalam menjayakan program dan pembaharuan di KBS sepanjang tahun 2023.
Turut diraikan dalam majlis ini pelajar dan jurulatih dari ILKBS yang telah mengharumkan nama negara dan kementerian di pertandingan WorldSkill Asia Abu Dhabi 2023 yang telah membawa pulang pingat emas (bidang hairdressing) dan pingat perak (bidang electrical installation).
Hadir sama YBhg. Ts. Dr. Nagulendran Kangayatkarasu, Ketua Setiausaha KBS.
#TeamKBS #DemiMalaysia #MalaysiaMADANI