
Lawatan Kerja ke Tapak Projek Pembangunan Pusat Belia Tengku Mahkota Ismail (TMIYC) Muar, Johor
- ukk
16 Disember 2023, Muar - YBhg. Ts Dr Nagulendran Kangayatkarasu, Ketua Setiausaha KBS mengadakan lawatan kerja ke tapak projek pembangunan Pusat Belia Tengku Mahkota Ismail (TMIYC) Muar, Johor pada 16 Disember 2023.
Projek menaik taraf fasiliti dan kemudahan sukan oleh KBS dengan kerjasama Kerajaan Negeri Johor dibuat bagi memberi peluang kepada masyarakat akar umbi menikmati fasiliti yang terbaik.
Hasil pemantauan didapati projek dalam keadaan yang memuaskan dan pihak kontraktor telah berjanji menyiapkan selewat-lewatnya pada April 2024 iaitu mengikut jadual.
Turut hadir YBrs. Tuan Haji Abdullah Hasan, Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan) KBS, YB Dato’ Haji On bin Jabbar Timbalan Setiausaha Kerajaan Johor (Belia, Sukan & Sukarelawan), Wakil Majlis Perbandaran Muar, Wakil Pejabat Daerah Muar, Kontraktor, Arkitek & Perunding Projek, Pegawai KBS serta Pegawai Kerajaan Negeri Johor dan Daerah Muar.
Adalah diharapkan agar projek ini dapat memberi manfaat kepada masyarakat setempat selari dengan konsep Malaysia MADANI.
#TeamKBS #DemiMalaysia #MalaysiaMADANI