Kejohanan Kabaddi Remaja Bawah 21 Kebangsaan 2023
- ukk
16 Disember 2023, Melaka - YBhg. Ts. Dr. Nagulendran Kangayatkarasu, Ketua Setiausaha KBS menyempurnakan perasmian Kejohanan Kabaddi Remaja Bawah 21 Kebangsaan 2023.
Program anjuran Persatuan Kabaddi Malaysia telah diadakan di Kompleks Belia dan Sukan Ayer Keroh Melaka yang melibatkan seramai 250 orang yang merangkumi atlit serta jurulatih dari 9 negeri seluruh Malaysia.
Semasa memberi ucapan perasmian, YBhg. Ts. Dr. KSU berterima kasih kepada Persatuan Kabadi Kebangsaan atas penganjuran kejohanan ini yang telah melihat penyertaan pelbagai kaum.
Beliau juga memaklumkan Sukan Kabadi akan dipertandingkan di SUKMA 2024. Beliau turut berkongsi beberapa usaha kerajaan untuk memangkinkan pembangunan dan industri sukan dalam belanjawan 2024.
Beliau berharap usaha sebegini bukan sahaja menyokong Visi Sukan Negara 2030 tetapi juga menyemarakkan semangat perpaduan selaras dengan aspirasi Malaysia MADANI.
#TeamKBS #DemiMalaysia #MalaysiaMADANI
