Penyerahan Peruntukan Dana Sukan Komuniti (DSK) dan Peralatan Sukan Kepada Sekolah Agama Rakyat Negeri Kedah
- ukk
18 Disember 2023, Alor Setar - Menteri Belia dan Sukan, YB Hannah Yeoh menyempurnakan penyerahan peruntukan Dana Sukan Komuniti (DSK) dan peralatan sukan kepada Sekolah Agama Rakyat Negeri Kedah.
Berlangsung di SM Sains Tahfiz Alor Setar (SEMESTI) sejumlah RM47,000 menerusi DSK telah diserahkan okeh YB Menteri kepada Sekolah Agama Rakyat Negeri Kedah bagi melaksanakan Kejohanan Sukan Sekolah-Sekolah Agama Negeri Kedah.
DSK disediakan oleh Kerajaan bertujuan untuk meningkatkan pembudayaan sukan kepada semua peringkat masyarakat selain pemupukan gaya hidup aktif kepada komuniti setempat.
Disamping itu juga, sebanyak RM50,000 juga telah diberikan kepada Sekolah Agama Rakyat Negeri Kedah bagi tujuan pembelian peralatan sukan dan aktiviti pembangunan sukan di peringkat sekolah seperti kursus kejurulatihan, kursus asas sukan permainan dan keperluan berkaitan.
Pastinya inisiatif ini akan dapat mencungkil bakat baharu dalam sukan bermula daripada peringkat akar umbi lagi.
#TeamKBS #MalaysiaMADANI #DemiMalaysia
