Program Advokasi Keselamatan Jalan Raya Anjuran Taska Permata KBS
- ukk
Putrajaya, 6 Mac 2024 - Bertempat di Menara KBS telah berlangsungnya Program Advokasi Keselamatan Jalan Raya anjuran Taska Permata KBS.
Program dengan kerjasama Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) ini merupakan inisiatif KBS dalam mendidik kanak-kanak tentang keselamatan jalan raya.
Antara aktiviti yang diadakan seperti panduan melintas jalan dengan selamat bagi kanak -kanak, pemakaian topi keledar dengan selamat dan latih amal melintas jalan dengan selamat.
YB Adam Adli, Timbalan Menteri Belia dan Sukan turut meluangkan masa di sesi advokasi ini sebagai tanda sokongan terhadap inisiatif KBS ini.
#TeamKBS #DemiMalaysia #MalaysiaMADANI
