Berita KBS

Lawatan Pemantauan KSU KBS ke Tapak Pembinaan Tunku Mahkota Ismail Youth Centre (TMIYC), Muar, Johor

Lawatan Pemantauan KSU KBS ke Tapak Pembinaan Tunku Mahkota Ismail Youth Centre (TMIYC), Muar, Johor

17 April 2024, Muar, Johor - Pembangunan projek TMIYC diilhamkan oleh Duli Yang Maha Mulia Tunku Mahkota Ismail, Pemangku Sultan Johor untuk memperkasakan pembangunan belia dan sukan di negeri Johor. 

Ketua Setiausaha KBS, YBhg. Ts. Dr. Nagulendran Kangayatkarasu selaku Pegawai Penguasa Projek TMIYC, bersama-sama YB Tuan Mohd Hairi bin Mad Shah, Pengerusi Jawatankuasa Belia dan Sukan, Pembangunan Usahawan dan Koperasi Negeri Johor serta YBhg. Dato' Haji Onn bin Jabbar, Timbalan Setiausaha Kerajaan Johor (Sukan, Belia dan Sukarelawan); Tuan Hj Hasrin Kamal bin Hashim, Pegawai Daerah Muar; dan Tuan Hj Norrizan bin Muhamad, Yang DiPertua Majlis Perbandaran Muar telah mengadakan lawatan pemantauan ke tapak pembinaan Tunku Mahkota Ismail Youth Centre (TMIYC), Muar hari ini. 

Pemantauan projek ini merupakan usaha berterusan KBS dan Kerajaan Negeri Johor untuk memastikan projek ini siap mengikut jadual. 

KBS sentiasa komited dan berterima kasih kepada Kerajaan Negeri Johor terutamanya kepada YAB Menteri Besar, YB EXCO, dan juga Majlis Perbandaran Muar yang telah memberi sokongan padu kepada projek ini. 

Berdasarkan mesyuarat dan pemantauan di tapak pada hari ini, projek ini sedang berjalan mengikut jadual.

Diharapkan agar projek ini apabila siap akan memanfaatkan rakyat Muar khususnya dalam usaha bersama untuk pembangunan dan pembudayaan sukan. 

Di samping itu, TMIYC akan menjadi satu pusat yang penting untuk aktiviti dan kegiatan belia selari dengan Model Pembangunan Belia Madani 2030.

Turut hadir bersama adalah Encik Amir Hamzah bin Awang Ghazali, Setiausaha Bahagian Pembangunan Kementerian Belia dan Sukan; dan Encik Shamsuhaime bin Basir, Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Johor.

#TeamKBS  #DemiMalaysia  #MalaysiaMADANI

Kementerian Belia dan Sukan Malaysia
Menara KBS No 27 Persiaran Perdana,
Presint 4, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62570 Putrajaya Malaysia
Tel : 03-8871 3000

Dasar Keselamatan | Dasar Privasi | Penafian | Peta Laman
Pilihan Bahasa : Bahasa Malaysia | Bahasa English

Kemaskini Terakhir: 20-05-2025, 10:58:46

Jumlah Pengunjung Laman :

Search