Berita KBS

Klinik Bola Sepak NFDP Cameron Highland, Pahang

Klinik Bola Sepak NFDP Cameron Highland, Pahang

6 Mei 2024, Cameron Highlands, Pahang - KBS bersama Majlis Sukan Negara dan Program Pembangunan Bola Sepak Negara (NFDP) telah menganjurkan Klinik Bola Sepak NFDP berlangsung di Padang Awam Majlis Daerah Cameron Highland (MDCH), Cameron Highland, Pahang.

Program yang turut dihadiri YB Hannah Yeoh, Menteri Belia dan Sukan ini telah disertai seramai 160 orang kanak-kanak dan belia dari sekitar Cameron Highland.
 
Klinik ini dianjurkan bagi memberi peluang kepada komuniti setempat khususnya kanak-kanak dan belia di sekitar Cameron Highland bagi merasai pengalaman latihan asas bola sepak yang sistematik dikendalikan oleh jurulatih bertauliah dari NFDP.
 
Kementerian Belia dan Sukan Malaysia
Menara KBS No 27 Persiaran Perdana,
Presint 4, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62570 Putrajaya Malaysia
Tel : 03-8871 3000



Kemaskini Terakhir: 01-05-2026, 22:11:31
Jumlah Pengunjung Laman :
Statistik pelawat laman tidak dapat dipaparkan kerana JavaScript dilumpuhkan. Sila layari laman StatCounter.