Lawatan kerja YB Menteri Belia dan Sukan ke Stadium Tuanku Syed Putra Kangar, Perlis
- ukk
17 Mei 2024, Kangar, Perlis - Lawatan kerja YB Hannah Yeoh, Menteri Belia dan Sukan ke Stadium Tuanku Syed Putra Kangar, Perlis.
Projek naik taraf Stadium Tuanku Syed Putra melibatkan kerja-kerja baik pulih bilik serbaguna, penggantian bumbung baru, penggantian tempat duduk astaka, pembaikan balapan dan naik taraf sistem bunyi.
Projek baik pulih Stadium Tuanku Syed Putra kini dalam fasa akhir dan ia akan dapat merealisasikan hasrat kerajaan khususnya terhadap sukan olahraga. Diharapkan selepas trek
balapan stadium ini dibaik pulih ia akan menggalakkan lebih ramai atlet olahraga negeri Perlis untuk menggunakan trek ini.
