Pelancaran Kempen Team MAS
- ukk
6 Jun 2024, Bukit Jalil - Menjelang 50 hari ke Sukan Olimpik Paris 2024, Menteri Belia dan Sukan, YB Hannah Yeoh melancarkan kempen Team MAS sebagai satu gerakan nasional tanda sokongan ke atas atlet negara yang bertanding.
Kempen yang membawa tema 'Kita Semua Team MAS' ini diharap menjadi penyuntik semangat buat atlet negara yang telah layak ke Paris sekaligus berjuang membawa pulang pingat emas pertama negara.
Seramai 33 atlet sudah melayakkan diri ke Paris melibatkan 18 atlet ke Sukan Olimpik yang bermula 26 Julai hingga 8 Ogos manakala 15 atlet ke Sukan Paralimpik yang berlangsung 28 Ogos hingga 8 September.
KBS turut menyeru semua rakyat Malaysia dan pemegang taruh untuk sama-sama menjayakan kempen ini sebagai tanda sokongan dan penyuntik semangat kepada semua atlet yang bertanding di Sukan Olimpik Paris 2024.
#TeamKBS #DemiMalaysia #MalaysiaMADANI
