Majlis Perasmian Sambutan Hari TVET Negara 2024
- Aniza
8 Jun 2024, Kuala Langat, Selangor - YAB Dato’ Seri Anwar Ibrahim, Perdana Menteri merasmikan Majlis Perasmian Sambutan Hari TVET Negara 2024 di Institut Latihan Perindustrian (ILP) Kuala Langat, Selangor.
Majlis yang turut dihadiri oleh YB Hannah Yeoh, Menteri Belia dan Sukan ini menyaksikan peluncuran Dasar TVET Negara 2030 yang disempurnakan oleh YAB Perdana Menteri.
Pelaksanaan Dasar TVET Negara 2030 tersebut akan berpandukan kepada lima (5) teras berserta 23 strategi yang akan digunakan oleh kesemua 12 buah kementerian yang terlibat dengan bidang TVET termasuklah KBS.
KBS juga menerusi ILKBS sentiasa komited memperkasakan TVET sebagai platform menjadi pemacu utama dalam usaha Kerajaan melahirkan tenaga mahir tempatan berkemahiran tinggi dalam kalangan belia Malaysia.
Pelbagai pengisian menarik diadakan sepanjang sambutan yang berlangsung selama dua hari bermula pada 7 hingga 8 Jun 2024 seperti program TVET, demonstrasi dan pertandingan kemahiran serta karnival kerjaya dengan lebih 3000 peluang pekerjaan.
Hadir sama YB Adam Adli, Timbalan Menteri Belia dan Sukan dan YBhg. Ts. Dr. Nagulendran Kangayatkarasu, Ketua Setiausaha KBS.
TVET Pilihan Utama Kerjaya!
