Perhimpunan Bulanan KBS - Jun 2024
- Aniza
11 Jun 2024, Putrajaya - YBhg. Ts. Dr. Nagulendran Kangayatkarasu, Ketua Setiausaha KBS hadir menyampaikan amanat di Perhimpunan Bulanan KBS bagi bulan Jun 2024.
Dalam amanatnya YBhg. Ts. Dr. KSU mengingatkan agar warga kerja KBS sentiasa menjadikan KBS sebagai tempat yang seronok untuk bekerja.
Beliau juga mahu setiap tugasan dan tanggungjawab yang dilaksanakan oleh setiap kakitangan KBS dilaksanakan dengan betul mengikut peraturan dan pekeliling semasa.
Dalam pada masa yang sama beliau juga mahu setiap aktiviti dan fasiliti KBS perlu sentiasa mengambil berat terhadap penjagaan alam sekitar.
YBhg. Ts. Dr. KSU juga turut menyampaikan Sijil Anugerah Khas Keselamatan Perlindungan Tahun 2023 kepada YBrs. Tuan Haji Abdullah bin Hasan, Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan) KBS.
#TeamKBS #DemiMalaysia #KitaSemuaTeamMAS #MalaysiaMADANI
